Friday, May 3, 2013

Mangkuk yang jatuh (°_°)

Kalau anda pernah tengok The Incredibles, mungkin anda boleh relate dengan kisah ini.

Aku dah kenal keluarga Mak Cik Nor sejak kecil lagi.

Hari ni, aku pulang ke Bagan Serai, tempat aku membesar dari umur... entahla, terlalu kecil untuk aku ingat, akan tetapi, aku telah berpindah keluar dari Bagan Serai setelah mencecah umur 9. ( ;  ; )

Baiklah, cukuplah renungan masa silamku setakat itu, pasti anda tertanya-tanya apakah kaitan mangkuk yang jatuh dengan keluarga ini, walhal mangkuk boleh didapati di mana-mana sahaja--seramik mahupun plastik.

Pada pukul 10.32 minit malam, ketika menunggu Kak Wanie pulang dari KLIA, masih belum sampai, traffic jam agaknya. Ahad hari mengundi. (^ω^)

Aku duduk di atas sofa menghadap Mak Cik Nor, manakala di sofa sebelah kiri aku, Kak Ina, anak kedua keluarga ini. Kak Ina sedang khusyuk membaca buku 'The New Atkins, to a New You'. Iwan pula di hadapan TV khusyuk menonton Raja Lawak 7. Abang Ton sedang membara. ( ̄。 ̄ノ)ノ

Mak Cik Nor berkata, "semalam mak ada dengaq bunyi kat dapoq tu"

Kak Ina menyampuk, "cerita apa pulak mak, cerita hantu la tu"

Kak Ina tak suka cerita hantu. Dia kena bangun awal, kerja office.

Tidak, bukan cerita hantu.

Mak Cik Nor menyambung, "mak dengaq bunyi mangkuk jatuh, rasa macam ada orang masuk rumah"

Saspens menusuk dadaku. Aku sangka rumah Mak Cik Nor diceroboh manusia.

Mak Cik Nor, seorang yang berwaspada, tidak dapat tidur nyenyak disebabkan bunyi itu. Katanya, "mak ingatla, kalau ada orang masuk, mesti ada orang jerit"

Ini membuatkan aku tertanya-tanya. (・・?)

"Takpala, Ina ada, kalau jadi apa-apa dia boleh jerit, bilik mak kunci, bilik Faizul kunci"

Bahayanya, anak dara menjadi first line defence.

Teringat kata-kata Kak Ina tadi "Pak Cik Usop kata, kalau jatuh laut, kita semua selamat, sebab Kak Ina jerit satu laut boleh dengaq"

Otot paru aku kejang.

Rupanya, Kak Ina bukanlah first line defence, dialah senjata rahsia keluarga ini.

Kak Ina, dialah heroin rumah ini dengan laungan padu pemecah konkrit.



LOL. ( ̄▽ ̄)

1 comment: